Daiyan Trisha berani muat naik perkongsian pertahankan Palestin, tak kisah kalau hubungan dengan jenama antarabangsa terjejas

Pergolakan yang sedang berlaku di negara Palestine ketika ini telah mengundang rasa sedih seluruh dunia terutama umat Islam. Malah, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha antara selebriti yang berani memuat naik perkongsian mempertahankan negara tersebut di media sosial miliknya. Menerusi perkongsian di Instagram, Daiyan berkata meskipun menyedari perkongsiannya itu akan menjejaskan hubungan kerja dengan beberapa jenama antarabangsa, namun dia percaya segala rezeki hanya datang daripada Allah.

“Mungkin posting ini akan memberi kesan terhadap hubungan kerja saya dengan jenama-jenama antarabangsa tetapi apabila tiba masanya untuk saya berdiri teguh atas prinsip saya, saya tidak boleh berdiam diri untuk masa yang lama. Rezeki ada dimana-mana, dan Allah telah memberi saya kejayaan dan kebahagiaan yang tidak pernah saya bayangkan selama ini Alhamdulillah” Pada perkongsian yang sama, pelantun lagu Penat itu turut menegaskan dia akan terus bersuara mengenai isu semasa itu demi membantu umat Islam di Gaza yang sedang bertarung nyawa.

“Oleh itu di saat-saat gentir ini saya tak akan pernah boleh berdiam diri dan membelakangkan agama saya, kepercayaan saya dan paling utama, saudara-mara saya di Gaza yang sedang bertarung nyawa, dibnh, diperlaku dengan sangat kjm dan dirampas segala hak kemanusiaan mereka. Mereka didiamkan sementara dunia disuap propaganda zionis yang sudah terang lagi bersuluh dengan sebuah penipuan yang tidak masuk akal. Selama ini saya kerap bersuara, dan saya tidak akan berhenti di sini hanya kerana saya mulai diiktiraf di persada yang berbeza, malah saya akan bersuara dengan lebih lantang.

Dunia kita sudah makin hampir di saat-saat akhir. Jika ada masa yang tepat untuk kita bersuara dan melawan, ia adalah sekarang. I stand with Palestine.” Dalam pada itu, aktres berusia 29 tahun itu juga sudah menyalurkan sebanyak RM20,000 menerusi Persatuan Cinta G AZ A Malaysia dan memohon seluruh rakyat Malaysia turut sama memberi bantuan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.