Dah berkenalan hampir 30 tahun, Angeline Tan kongsikan kisah sebelum dilamar Sabri Yunus

Selepas berkenalan hampir 30 tahun, pelakon ‘lejen’ Malaysia Sabri Yunus dan Angeline Tan akhirnya ke jinjang pelamin. Pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu hari ini berkongsi momen-momen sebelum kedua-dua pelakon itu memutuskan untuk berkahwin. Angeline dalam satu temu ramah dengan stesen radio berkata, bibit percintaan mereka bermula selepas kedua-dua pelakon itu dalam penggambaran siri Tanya Sama Pokok. “Selepas bekerja dalam Tanya Sama Pokok, timbul satu perasaan yang sangat ganjil dalam diri, rasa istimewa. Apabila berkawan lama, kami sudah seperti adik-beradik.

Kemudian, satu hari dia (Sabri) tanya sama ada kami boleh cuba ‘berkawan’ dan saya jawab boleh,” katanya. Disebabkan mereka sudah lama berkenalan, Angeline menyifatkan hubungan mereka itu sangat jujur dan dia tidak perlu berpura-pura di hadapan Sabri Yunus. “Semuanya mengalir begitu sahaja dengan semulajadi, saya tidak perlu pura-pura jadi orang lain pun depan dia. Lebih 30 tahun kenal antara satu sama lain, dia sudah tahu banyak perkara tentang diri saya. Semua ini hanya perlukan hati yang jujur dan ikhlas. Kemudian satu hari dia kata, ‘Angeline, kita kahwin’ dan saya juga setuju,” kongsinya lagi.

Sebagai info, kedua-dua mereka mengejutkan ramai pada 14 Oktober lalu dan mengumumkan mereka sudah bernikah. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.