Awal perkenalan dalam waktu yang singkat, Fizo Omar luah rasa syukur tengok keakraban hubungan isteri dengan Maryam

PELAKON Fizo Omar meluahkan rasa syukur apabila doanya untuk melihat keakraban hubungan isterinya iaitu Fazeera dan anak sulung, Maryam akhirnya tercapai. Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 38, berkata dia tidak menyangka kedua-duanya begitu akrab meskipun awal perkenalan dalam waktu yang singkat. “Terkejut sebab memang sangat rapat… saya doa dekat Allah supaya isteri dapat menerima Maryam dan Maryam juga dapat menerima ibu tirinya itu, diluar jangkaan saya sebenarnya.

“Kadang-kadang sibuk bekerja isteri saya yang ambil Maryam, mereka boleh berkawan jadi sangat rapat. Saya juga selalu bahagikan masa bersama dengan dia. Tiap kali datang jumpa kami, Maryam sangat teruja tambahan pula dia dah ada adik. Alhamdulillah walaupun dia masih kecil tapi tiada pun tanya soalan macam-macam sebab kami berikan didikan yang betul,” Kata Fizo. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.