Tak mahu berkongsi kasih, Kak Km beri peringatan macam ni untuk suami

Meskipun belum pernah melalui situasi ‘disondol’, usahawan dan pempengaruh media sosial terkenal, Kak KM berkata dia tidak mahu berkongsi suami dengan wanita lain. Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, perkara terbabit tidak akan berlaku sekiranya indvidu yang ‘disondol’ tidak melayan pihak yang cuba menggoda. “Bila ada isu sebegini, tidak boleh salahkan penyondol semata-mata sebab yang disondol pun silap kerana melayan. Kalau suami saya kena sondol, saya akan lebih marahkan dia berbanding wanita tersebut sebab melayan. Jangan main-main dengan saya.”

Ujarnya lagi, sebagai isteri dia hanya mampu mengingatkan suaminya, Razman Ramli agar sentiasa berhati-hati dan mengelak daripada bermain kayu tiga dengan wanita lain. “Saya hanya ‘sound’ sebagai peringatan supaya dia tidak terlalu selesa dengan kehidupan sekarang. Apabila ada isu berkaitan penyondol, saya tunjuk kepada dia. Kalau awak berani kena sondol, kaki saya saiz 11.” Tegas Kak KM, dia tidak akan hidup bermadu. “Orang kata kalau poligami dapat payung emas tetapi jika beri saya, memang siaplah kau. Kaki saya akan pergi dahulu, tak payah benda-benda lain. Kaki saiz 11, berani?

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.