Dah jumpa pengganti lepas berpisah, ramai yang sedih bila kenangkan bad Indigo tak sempat kahwin dengan kekasih hati

Umum mengetahui, penyanyi Bad Indigo sudah menemui pengganti teman hidupnya selepas berpisah dengan rakan seperjuangan dalam Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), Ashira Aziz, pada tahun lalu. Terbaru, segelintir peminat meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat melihat arwah naik pelamin dengan wanita pilihan hatinya. Menurut warganet, mereka berasa sedih kerana hajat arwah untuk berkahwin semula tidak kesampaian. Bukan itu sahaja, arwah dipercayai mempunyai niat untuk mengeluarkan single terbaru. Jelas warganet, semua perancangan arwah tidak dapat diteruskan dek kerana Allah lebih menyayanginya.

Di samping itu, warganet turut berkongsi mengenai kebaikan arwah di media sosial. Ujar warganet, arwah antara artis yang rajin membalas komen para peminat dan tidak sombong. Selain itu, arwah suka menjadi dirinya sendiri dan mempunyai aura positif yang sangat baik. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.