Rupanya kedai makan yang viral tu milik ibu saudara, Linda Hashim tampil bagi respon tentang tindakan Ekin Rahmat

Rupa-rupanya kedai makanan laut yang ditularkan oleh isteri kepada Mawi iaitu Ekin, adalah milik ibu saudara kepada pelakon Linda Hashim. Terpanggil dengan isu tersebut, Linda Hashim tampil memberi respon untuk membidas tindakan Ekin yang tularkan tanpa membuat sebarang perbincangan. Dalam pada itu, Linda Hashim juga turut mempersoal dan mempertikaikan kenyataan Ekin yang mengatakan bahawa dia tidak mahu menjatuhkan perniagaan orang. “Katanya tak nak menjatuhkan perniagaan sesiapa tapi siap buat live tu. Kesian peniaga sekarang. Naik harga sahaja kena kritik. Ingatkan artis sahaja selalu kena kritik.” 

Dalam pada itu, Linda menerusi Instagram miliknya juga menyatakan bahawa dia kesian dengan ibu saudaranya yang terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut. “Lain kali, kalau tak berapa jelas dengan harga, boleh sahaja tanya depan-depan. Bukan curi-curi ambil video orang okey. Tak baik. Kesian makcik saya.”  Sebelum ini pemilik kedai makan seafood itu ada tampil memberikan respon kepada Ekin yang menularkan kedai makannya yang dikatakan caj harga yang tak masuk akal.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.