Isu kedai makan seafod caj mahal, kali ni giliran Mawi pula bersuara

Penyanyi dan penyampai radio Mawi mengulas isu caj mahal yang dikenakan kedai makan seafood yang menurutnya, isu ini sebenarnya tidak perlu diperbesarkan. Seperti yang kita sedia maklum, pemilik kedai makanan laut itu ada tampil memberikan perincian harga yang telah dipesan oleh Ekin. Berikutan itu, Mawi menjelaskan seandainya pemilik kedai tersebut menjelaskan harga kepada Ekin dari awal, isu ini tidak akan diperbesarkan. Mawi turut menyatakan bahawa ia sepatutnya dijadikan pengajaran bagi kedua-dua belah pihak.

“Kita sebagai pengguna pun dapat belajar sesuatu, sebagai peniaga pun dapat belajar sesuatu juga, tak perlu lah lagi nak dipanjang-panjangkan, cukuplah menu makanan tak ada, harga tak ada, cukup lah.” Dalam pada itu, Mawi turut meluahkan rasa geram terhadap segelintir pihak yang sengaja membuat spekulasi mengenai rumah tangganya. Menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, pihak yang tidak bertanggungjawab itu menyatakan bahawa rumah tangga mereka kini sedang goyah dan Mawi menegaskan bahawa dakwaan itu adalah fitnah. Mawi juga ada membuat laporan polis susulan dengan kenyataan fitnah tersebut.

“Dia meletakkan tajuk yang membuatkan orang ragu-ragu, yang merasakan rumah tangga kita bermasalah, tajuk dia tu membuatkan kawan-kawan kita, hubungi kita, bila ditunjukkan pautan baru kami faham.” Jelas Mawi lagi, ini bukanlah kali pertama dirinya terkena dengan khabar angin seperti ini. Namun begitu Mawi menjelaskan kali ini jadi melampau apabila pihak tersebut menggunakan gambarnya yang sedang sedih semasa pengbmn ibunya sebagai modal untuk buat putar belit cerita.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.