Akui berpakaian macam ni sebab Allah, Mia Ahmad tak kisah orang gelarkan dia macam mak cik

Sudah mengenakan tudung labuh sejak tahun 2021, pelakon ‘Jejak Karmila’ iaitu Mia Ahmad dilihat lebih selesa menguruskan perniagaan berbanding muncul di kaca televisyen. Menerusi posting di Instagram, isteri kepada bekas penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi ini kelihatan tenang dan tampak bahagia selepas menjalani fasa penghijrahan. Sering berpakaian longgar dan bertudung labuh tatkala memuat naik foto di media sosial, penampilan sopan Mia Ahmad sentiasa mendapat pujian dan sokongan peminat serta warganet. Menurut Mia, dia mengubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik.

“Bila orang cakap tudung labuh macam mak cik dan tak moden. Sorry, I dress for Allah. Ada yang cakap I tak akan istiqomah. Ada yang cakap husband I takkan support. I kuatkan hati cuz I know I did the right thing. For the sake of Allah. I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik. Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang along the way. Semoga Allah terus menjaga niat hati I dan kita semua. Sisters, semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin yra.”

Ujar Mia, untuk terus istiqamah bukan sesuatu perkara yang mudah namun, dia mampu melakukannya dengan penuh kesabaran. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.