Ungku Ismail ucapkan terima kasih isteri, Nad Zainal selamat melahirkan bayi lelaki

PELAKON Nad Zainal selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 10 Oktober lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara. Perkara itu dimaklumkan oleh suaminya iaitu pelakon Ungku Ismail Aziz menerusi satu hantaran di Instagram pada Sabtu yang turut dilihat sedang mendukung bayinya itu. Ungku Ismail, 38, menerusi kapsyen hantaran tersebut turut menitipkan pesan kepada anak pertamanya itu selain mengucapkan terima kasih kepada Nad.

“Cinta tidak semestinya berwarna merah, selalunya ia berwarna putih. Selamat datang anakku ke dunia yang pastinya penuh dengan cabaran namun tempat kamu berdiri dalam perspektif Tuhan, menentukan kebahagiaan kamu. Ahmadullahu wash kuruh, Subhaanak Robbul Arsyil ‘Adzeem dan terima kasih sayangku @nadzainal,” katanya. Ungku Ismail dan Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 33, berkahwin pada 23 Januari lalu.

Untuk rekod, Nad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 sebelum berpisah pada September 2022. Hasil perkongsian hidup bersama Muhammad Faliq, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7 dan Budi Kalsom, 3 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.