Nadia Brian hadir ke perhimpunan Solidariti Palestin, sekali ramai yang suka tengok dia punya penampilan

Pelakon, Nadia Brian merupakan antara selebriti yang aktif menggunakan platform media sosial menunjukkan sokongan terhadap Palestin. Malah pelakon cantik ini juga turut menghadiri perhimpunan 10K Solidariti Palestin yang berlangsung di ibu kota semalam. Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Nadia berkongsi sedikut sedutan ketika menghadiri perhimpunan itu. “Syukur Alhamdulillah, kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada Himpunan 10K Solidariti Palestin,” tulisnya.

Dalam pada itu, hantaran yang dikongsi oleh Nadia ini mendapat pujian warganet yang rata-ratanya menyukai penampilan sopannya. Tidak hanya memuji, warganet juga mendoakan agar Nadia terbuka hati untuk kekal istiqomah dalam menutup aurat dengan sempurna. Terdahulu, Nadia sebelum ini menerima kritikan warganet kerana dikatakan semakin seksi selepas berpisah. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.