Berhajat nak nikahkan Azal dengan Rahmah, sekali ada pihak yang menentang sebab ni

Pelakon Zarina Zainuddin sebelum ini ada menyatakan bahawa anaknya Azal telah menemui teman istimewa. Bahkan Zarina juga sebelum ini menyatakan yang dia tiada halangan seandainya Azal berjodoh dengan wanita tersebut yang dikenali sebagai Rahmah. Walau bagaimanapun, ada segelintir pihak yang anggap tindakan itu sebagai tidak wajar. Umum mengetahui bahawa anak kepada Zarina Zainuddin ini merupakan insan istimewa. Perkara itu dibahaskan oleh seorang individu yang dakwanya sudah lama berkerja dengan anak-anak istimewa ini menerusi platform media sosial, X.

Beliau ada membuat penjelasan dengan lebih terperinci mengenai ciri-ciri penyakit ASD (Autism Spectrum Disorder). Jelasnya, terdapat 2 ciri utama yang ada pada penghidap ASD iaitu R/R (restrictive and repetitive) behaviour dan deficit in social communication. Berikut merupakan ciri-ciri tersebut. Dalam pada itu, ada warganet bersetuju dan tidak syorkan untuk berkahwin termasuklah salah seorang individu yang mendakwa dirinya adalah seorang ibu yang mempunyai anak austime. Menurutnya, dia juga tidak menyarankan agar anak Zarina ini berkahwin.

Mungkin naluri Zarina sebagai ibu kuat dan yakin mengatakan bahawa Azal boleh berdikari atau mungkin Rahmah adalah wanita yang menerima Azal seadanya dan mampu bimbing Azal. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.