2 bulan menanggung kesakitan, Zila Bakarin selamat jalani pembdahan untk merawat sakit slip disc

PELAKON Zila Bakarin selamat menjalani operasi bagi merawat penyakit slip disc yang dihadapinya di sebuah hospital swasta pada Isnin. Zila, 48, memberitahu selama dua bulan dia menanggung kesakitan selain kaki bahagian kiri tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga menyukarkan dia bergerak. Kata Zila, doktor mengesahkan dia mengalami masalah itu selepas membuat pemeriksaan di hospital pada 5 Oktober lalu. “Sudah dua bulan saya tak boleh bergerak sebab kaki kiri sakit sangat… Saya pula hanya bergantung kepada ubat dan tak tahu sakit apa.

“Ketika buat pemeriksaan doktor sahkan slip disc dan nampak tulang macam terkeluar yang memberi kesan kepada saraf di bahagian kaki kiri. Alhamdulillah saya selesai menjalani operasi semalam (Isnin) bagi merawat masalah saraf itu,” katanya ketika dihubungi pada Selasa. Dalam pada itu, Zila berkata, sepanjang tempoh dua bulan dia bergantung kepada bantuan tongkat untuk berjalan disebabkan tidak boleh berdiri lama. Malah kata Zila, duduk terlalu lama turut memberi masalah apabila ia menyebabkan kesakitan di bahagian punggung.

“Memang tak boleh bergerak. Tak boleh berjalan. Duduk atas kerusi roda pun tak boleh sebab punggung akan sakit. Kalau tidur pun saya akan mengiringkan badan ke bahagian kanan ataupun menonggeng untuk berasa selesa,” ujarnya. Ditanya mengenai perkembangan terkini selepas operasi, Zila berkata keadaannya semakin bertambah baik. “Pagi tadi saya cuba bangun, Alhamdulillah okay. Insya-Allah dalam dua atau tiga hari ini boleh pulih sedikit demi sedikit,” katanya. Zila turut memaklumkan bahawa dia terpaksa menangguhkan penggambaran drama Luruhnya Bunga Cinta yang masih belum selesai.

Pelakon ini turut meluahkan rasa terharu apabila pihak produksi sanggup menyusun semula jadual penggambaran bagi membolehkan dia menjalani operasi. “Krew menjadi saksi kesakitan yang saya tanggung dan mereka juga minta saya ke hospital. “Malah sanggup menyusun semula jadual penggambaran… Menitik air mata saya sebab terharu dengan kebaikan mereka,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.