Peguam yang pernah mewakili pengarah Syamsul Yusof iaitu Azmi Mohd Rais enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan perpisahan anak guamnya bersama isteri, Ira Kazar. Memetik laporan Utusan, dia memberitahu tidak ada menerima sebarang makluman berhubung isu tersebut. “Jujur saya memang tidak tahu apa-apa. Dari tadi beberapa wartawan ada hubungi saya. “Tapi saya memang tidak tahu. Jadi saya tidak boleh beri komen,” ujarnya yang pernah mewakili bagi kes perpisahan dengan bekas isteri, Puteri Sarah Liyana.
Terdahulu, timbul dakwaan bekas madu seorang pelakon popular telah dilepaskan melalui WhatsApp oleh suaminya yang juga merupakan pengarah terkenal. Susulan ‘hint’ tersebut, warganet mengaitkan nama anak pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira Kazar dan pengarah Syamsul Yusof. Malah, Kazar juga telah dihubungi untuk mendapatkan kesahihan. Untuk rekod, pasangan sensasi tersebut mengumumkan pernikahan secara mengejut pada 5 Januari tahun ini di Thailand.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.