Ada yang cakap Watie kenal dengan Shuib sebelum Siti Sarah pergi menghadap illahi, sekali tuan badan tunjuk bukti terus

ISTERI kepada penyampai radio Suria FM Shuib iaitu Watie menegaskan dia mula berkenalan dengan suaminya itu pada Disember 2021. Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah, 35, berkata mereka berkenal selepas Shuib bergelar duda dan bukannya semasa masih bersama isteri arwah Siti Sarah Raisuddin. “Aiyoook, tanggunglah siapa yang fitnah itu. Kami tak pernah kenal pun. Dia tackle (mengurat) pun selepas dia menduda,” katanya.

Watie berkongsi perkata itu menerusi Instastory miliknya pada petang Selasa selepas mendapat pertanyaan pengikutnya di Instagram. “Betul ke bercinta dengan Shuib masa Shuib masih lagi suami arwah Sarah?” soalnya. Tidak hanya sekadar menjawab, Watie juga memuat naik tangkap layar perbualannya bersama Shuib sewaktu awal perkenalan. Dalam perbualan tersebut Shuib yang memulakan langkah untuk berkenalan selain meminta nombor telefon Watie. Malah Shuib juga sempat mengusik bahawa Watie agak sukar untuk dihubungi.

Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Ia merupakan perkahwinan kedua buat Shuib selepas pemergian isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Hasil perkahwinan sebelum ini, Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra,9, Ariq Matin,6 dan Ayash Affan, 2 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.