Kisah rumahtangga jadi perhatian, Pu Abu sahkan ini status dia dengan kedua isteri

Bekas peserta program Pencetus Ummah (PU), Abu Sufyan mengundang perhatian warganet selepas memuat naik hantaran yang seakan memberi bayangan perkahwinan dengan kedua isteri, Ain Afini dan Hana Azraa bakal berakhir. Ketika dihubungi, PU Abu mengesahkan dia, Ain Afini dan Hana Azraa bakal membawa haluan masing-masing. Ditanya adakah berpisah yang dimaksudkan, Abu memohon agar menunggu berita yang akan dikongsikan di media sosial. “Belum (berpisah), kami bawa haluan masing-masing. Apa-apa saya akan update dalam media sosial saya. Untuk setakat ini, itu sahaja yang saya boleh maklumkan.

Pada Isnin malam, Abu berkata mereka sudah berbincang untuk membawa haluan masing-masing selepas enam tahun bergelut dengan kemelut rumah tangga di Instagram Stories. Kata Abu, keputusan itu telah dipersetujui antara dirinya, Ain ‘Afini dan Hana Azraa demi kebaikan bersama. Dalam pada itu, Abu mengakui gagal menjadi ketua keluarga yang boleh membawa kebahagiaan dan keharmoniaan dalam keluarga. Terdahulu, Abu bernikah dengan Ain ‘Afini pada tahun 2018. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, Muhammad Aryan ‘Afi dan Siti Khadijah.

Kemudian, Abu dan Hana pula berkahwin pada 2019.  Abu dan Hana Azraa dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen. Sebelum itu Hana Azraa yang merupakan ibu tunggal mempunyai seorang anak perempuan iaitu Afifah Aisyah hasil daripada perkahwinan pertamanya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.