Putera Mateen bakal kahwin awal tahun depan, ketahuilah ini beberapa trivia tentang Dayang Anisha

KHABAR mengenai pernikahan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah yang bakal berlangsung pada 11 Januari 2024 kecoh diperkatakan sejak ia diumumkan pada Sabtu malam. Malah, ramai warganet tertanya-tanya tentang gerangan wanita yang menjadi pilihan anakanda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah itu. Berikut kami kongsikan 12 trivia mengenai bakal isteri Putera Mateen iaitu Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam. 1. Dayang Anisha turut dikenali dengan nama Anisha Isa Kalebic. 3. Dayang Anisha ialah cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei iaitu Pehin Datuk Isa. 4. Dayang Anisha merupakan lulusan sebuah universiti di England.

5. Dayang Anisha mempunyai sebuah perniagaan berkaitan fesyen, dikenali sebagai Silk Collective. 6. Dia turut memulakan perniagaan pelancongan bernama Authentirary bersama rakan baiknya. 7. Instagram Dayang Anisha ditetapkan dalam mode privasi dan hanya boleh diakses mereka yang terdekat dengannya. 8. Khabar angin tentang hubungan cinta Putera Mateen dengan Dayang Anisha mula bertebaran sejak tahun 2018. 9. Foto Putera Mateen ketika dia menghadiri sebuah acara bersama Dayang Anisha pernah tular sebelum ini.

10. Abang kepada Dayang Anisha iaitu Danial Deen Isa Kalebic merupakan sahabat baik Putera Mateen. 11. Selain mengagumi kecantikan Dayang Anisha, ramai warganet turut ‘cair’ melihat ketampanan abangnya Danial Deen Isa Kalebic yang bertubuh sasa. 12. Fanpage Dayang Anisha turut diwujudkan oleh peminat di Instagram dan TikTok sejak hubungannya dengan Putera Mateen diketahui umum. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan wedding of the year pasangan itu, sama-sama kita doakan agar merpati dua sejoli berkenaan berbahagia hingga ke syurga.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.