PENYANYI Shila Amzah memilih untuk tidak masuk campur urusan perpindahan keluar adik-beradiknya daripada rumah miliknya yang terletak di Hulu Langat, Selangor. Memandangkan kemelut membabitkan keluarganya itu sudah menjadi bualan hangat, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, berkata dia lebih selesa untuk berdiam diri dan sekadar melihat daripada jauh. Malah dia difahamkan keluarganya itu mencari kediaman baharu tanpa pengetahuan dirinya.
“Kali ini saya tidak uruskan, mereka pilih sendiri. Saya tidak uruskan sebab masalah ini sudah terlalu besar, jadi saya ambil langkah berdiam diri. “Saya lepas tangan. Kalau ada masalah nanti dan mereka minta tolong… tengoklah bagaimana,” katanya. Shila mengulas perkara tersebut ketika menjawab soalan peminat semasa sesi siaran langsung di laman Instagram pada Rabu. Menerusi komen yang ditinggalkan warganet bertanya adakah keluarga Shila berpindah ke rumah yang telah disediakan.
Sementara itu, penyanyi lagu Masih Aku Cinta ini memberitahu hasrat untuk untuk menjual rumah tersebut masih diteruskan dan menunggu ia dikosongkan agar mudah untuk urusan berkenaan. “Sudah ramai tanya nak beli rumah itu. Tapi biarlah tunggu kosong dahulu, sekarang masih ada orang dalam rumah itu. Apabila sudah kosong barulah senang untuk orang datang tengok. Setahu saya mereka sudah tiada di rumah itu, tapi tak tahu secara rasmi sudah pindah atau belum,” ujarnya.
Kemelut keluarga Shila sebelum ini hangat diperkatakan apabila dia bertindak menjual banglo miliknya yang juga menjadi kediaman keluarga. Dua orang adik Shila iaitu Syahir dan Syada mendakwa tindakan itu dibuat tanpa pengetahuan mereka dan merasa seolah-olah dihalau dari rumah sendiri. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.