Shuhada dedah Hafidz Roshdi bagi nafkah anak RM100, tapi komen Shuk Sahar buat ramai yang terhibur

Baru-baru ini, nama pelakon sensasi Hafidz Roshdi hangat menjadi perbualan ramai di media sosial selepas bekas isterinya, Nurul Shuhada mendedahkan aktor itu memberi nafkah RM100 seorang kepada dua anaknya. Berdasarkan pemerhatian, pelawak kontroversi Shuk Sahar menjadi tumpuan apabila tinggalkan komen di Instagram portal hiburan yang melaporkan berita mengenai Hafidz memberi nafkah RM100 kepada anak-anak. Sekian lama tidak memunculkan diri, Shuk bertindak tinggalkan komen di muat naik portal hiburan itu mengatakan Hafidz disyaki membuat trend TikTok ‘pinjam seratus’.

“Mungkin dia tengah buat trend TikTok pinjam seratus kot,” tulis Shuk. Menjengah ke ruangan balas, ada segelintir warganet yang mengkritik perbuatan Shuk itu yang mengatakan pelawak ini juga tak setia kepada isteri, sama seperti Hafidz. Namun begitu, sesetengah warganet terhibur membaca komen Shuk yang dianggap ‘savage’.

Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan Shuhada disyaki belum move on apabila menggunakan foto lama bersama Hafidz demi mempromosikan produk. Tidak berdiam diri, Hafidz membuat satu video menyelar tindakan bekas isterinya untuk segera memadam atau menukar foto tersebut sebelum dia mengambil tindakan.

Sekadar info, Shuk dan bekas isterinya, Rossa Sera sah berpisah talak satu pada 22 Mac lalu selepas lebih setahun status rumah tangga menjadi tanda tanya. Shuk berkata keputusan untuk berpisah dibuat secara baik selepas mereka pulang dari menunaikan ibadah Umrah pada Januari lalu. Untuk rekod, Sera atau nama lengkapnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah pernah mendedahkan sudah memfailkan talak terhadap Shuk pada November tahun lalu selepas pelawak itu didakwa tak setia. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3 tahun.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.