Persembahan minggu lepas dapat pujian, ini pula komen Mas Idayu pada persembahan Sharif dan Syaiful Zero

Juri tetap program nyanyian Famili Duo Musim Ketiga iaitu Mas Idayu seakan kurang berpuas hati dengan persembahan daripada Sharif dan Syaiful. Mas Idayu atau lebih mesra dengan panggilan Mummy akui kurang gemar dengan persembahan yang disampaikan oleh duo ini. Mendendangkan lagu Seragam Hitam dan Kwek Mambo, Mas Idayu berkata tarian dan persembahan daripada Sharif dan Syaiful tiada yang menarik berbanding pada minggu lalu.

“Nyanyian dan lagu ini kena relax. Bagi saya, persembahan dan tarian awak berdua tiada yang menarik, jadi saya menilai vokal. Untuk hari ini, saya tak suka semua. Persembahan, nyanyian semua saya tak suka. Banyak lagi benda lain yang kamu boleh buat.” Sementara itu, Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Bin Maas berkata, tiada sebarang masalah dari segi nyanyian daripada duo ini namun mereka perlu mencari kreativiti untuk membuatkan persembahan mereka lebih menarik.

“Tiada cacat tapi biasa. Persembahan minggu lepas dia tinggalkan sesuatu. Cari something, kamu kreatif. Nyanyian tiada masalah.” Selain Sharif dan Syaiful, FD3 turut menampilkan lima lagi pasangan duo lain iaitu Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Shila dan Syahir, Adira Suhaimi dan Ema Suhaimi, Ryan dan Adam Bakery, serta Fuad Rahman dan Tom. Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.