PELAKON Sophia Albarakbah tidak merasakan dia adalah individu dimaksudkan oleh penyanyi Shila Amzah yang berkongsi seorang aktres wanita menganggu suaminya di dalam mimpi. Sophia, 30, sebaliknya berkata, tiada keperluan dia memberi komen berhubung perkara berkenaan kerana mimpi orang lain tiada kena mengena dengan dirinya. Malah Sophia menyifatkan warganet hebat dapat menebak mimpi seseorang. “Warganet tahu ya dia (Shila) mimpi siapa. Hebat warganet kita!
“Saya rasa, tidak perlu saya komen tentang isu ini kerana ia tiada kena mengena dengan saya,” katanya. Sophia mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui hadir ke program Famili Duo musim ketiga (FD3) yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam pada malam Ahad. Shila sebelum ini ada berkongsi tentang bermimpi seorang pelakon wanita menganggu suaminya iaitu personaliti media sosial, Ubai. Biarpun tidak menyebut sebarang nama namun warganet memetik nama Sophia susulan gambaran Shila pelakon wanita yang mengganggu Ubai mempunyai banyak isu sebelum ini.
Dalam pada itu, Sophia memberitahu dia teruja dapat menghadiri FD3 kerana memang meminati program hiburan. “Ini pertama kali saya datang ke FD3 dan saya mahu melihat semua persembahan terlebih dahulu. “Selepas melihat kesemuanya baru saya tahu nak sokong peserta yang mana nanti. Saya memang minat acara hiburan, tetapi saya tidak boleh menyanyi. “Kalau menyanyi pun hanya untuk diri sendiri. Saya tidak akan menyanyi untuk orang… maaf,” ujarnya. FD3 sedang bersiaran setiap Ahad, pada pukul 9 malam di TV3 dan Tonton. Selain Shila dan adiknya Amir Syahir, FD3 turut menampilkan lima pasangan duo lain iaitu Adira Suhaimi dan Ema Suhaimi, Ryan dan Adam Bakery, Syarif dan Syaiful, Haqiem Rusli dan Sriff Bahran serta Fuad Rahman dan Tom.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.