Sibuk berkerja sampai tak sedar demam, Puteri Sarah kongsikan keadaan kesihatan kurang sihat sejak beberapa hari lalu

Pelakon Puteri Sarah memberitahu keadaan kesihatan dirinya yang kurang sihat akibat demam berlarutan sejak beberapa hari lalu. Menerusi perkongsian di Instagram, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, badannya terasa penat dan lemau selama lima hari berturut-turut. Namun disebabnya terlalu bersemangat untuk bekerja sehinggakan Sarah tidak sedar bahawa dia ketika itu sedang demam. “Badan rasa panas/sejuk sangat tapi tak rasa. Cuma rasa penat sangat. Badan lemau tapi sebab semangat kerja kuat, tak rasa langsung sebenarnya”

Sehingalah pada malam Sabtu (semalam), Sarah ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan disebabkan suhu badannya tinggi sehingga mencecah 40ºC, Sarah dimasukkan ke kecemasan. “Saya beritahu rasa macam nak demam. Lepas tu, doktor periksa dan dia kata Sarah bukan rasa nak tapi demam dah demam pun. Masuk kecemasan, cepat-cepat drip paracetamol dan Vitamin C. “Badan terlalu lemah, tak boleh nak berdiri dah. Rasa nak pengsan. Tanpa sedar terus tertidur. Alhamdulillah, periksa drh tak ada apa-apa.”

Dalam kesempatan itu, Sarah sempat menasihati orang ramai supaya membuat pemeriksaan kesihatan dengan kadar segera sekiranya mendapati badan kurang sihat. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.