Penyanyi, Syada Amzah atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah mendakwa ada individu yang tidak dikenali telah datang ke rumahnya untuk melihat keadaan di dalamnya. Menerusi perkongsian di Instagram, Syada akui tidak tahu mengapa individu tidak dikenali terbabit berbuat demikian sedangkan dia langsung tidak meletakkan sebarang notis atau pengumuman tentang penjualan rumah.
“Hari ini tiba-tiba orang tak dikenali datang depan rumah, nak tengok dalam rumah. Padahal tak ada letak apa-apa papan tanda nak jual pun. Notis pun tak ada.” Dalam pada itu, Syada yang merupakan adik kepada penyanyi, Shila Amzah seakan meluahkan rasa terkilan dan mendakwa dirinya bukan sahaja dibuang malah kini, dihalau pula. “Gila lah, rasa macam kita ni haiwan sesat. Dah kena buang, kena halau lagi. Genius, betul-betul respect.” Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan hantaran anak perempuan kepada penyanyi, Datuk ND Lala ini ditujukan kepada siapa. Menerusi pemerhatian, hantaran yang dimuat naik di Instagram itu telah dipadam oleh Syada.
Sebelum ini, khabar angin Syada dan Shila saling bermasam muka menjadi bahan bualan ramai apabila dua beradik itu saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing. Syada kemudian menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa perselisihan faham di antara adik beradik adalah perkara yang biasa. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.