Nyanyian kena kritik masa di Gegar Vaganza, sekali Elly Mazlein tampil bongkarkan sikap sebenar Azharina

Pengacara All Stars Gegar Vaganza (GV10), Elly Mazlein mendedahkan sikap sebenar Azharina yang merupakan bintang program berkenaan. Elly menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya menyatakan bahawa Azharina merupakan seorang penyanyi yang sangat berdedikasi terhadap kerjanya. “Dia yang bernama Azharina… Setiap kerjanya dia akan pastikan buat yang terpaling baik. Sentiasa fokus dalam bekerja. Sentiasa positif, maaf sentiasa di bibirnya,” coretnya.

Dalam pada itu, Elly juga turut memberikan kata-kata sokongan dan semangat buat Azharina. “Semangat terus wahai sahabat, saya dan penyokong mu sentiasa bersama mu. Love you juara GV3. “Jom kesayangan kak Lina kita bagi kata semangat untuk Nina, terima kasih,” tulisnya. Terdahulu, Azharina telah mempelajari lagu keroncong bersama dengan empat orang guru sebagai inisiatif untuk memberikan persembahan terbaik minggu ini. Dua orang guru tersebut adalah Datuk Azizul Khamis dan Cikgu Shafi. Manakala dua lagi nama dirahsiakan sebagai tanda menghormati permintaan mereka untuk tidak mendedahkan identiti.

Namun keadaan sedikit tegang apabila juri memberikan sedikit komen agak pedas untuk Azharina yang membawakan lagu berjudul Sayang Di Sayang. All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein. Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.