Terpaksa padam semua video tentang Ebit Lew dan Mondy, rupanya ini yang jadi pada Caprice

Semalam, Mahkamah Sesyen Shah Alam, telah membenarkan perintah injuksi interim (sementara) yang dituntut Ebit Lew bagi menghalang Caprice dan Mondy mengeluarkan kenyataan yang mencemarkan reputasinya dan keluarga serta rakan-rakan. Susulan perintah itu, Caprice semalam telah memuat naik posting di Instagram memohon maaf kepada warganet dengan mengatakan bahawa dia akan memadam semua posting yang melibatkan kes Ebit Lew. Menurutnya, tindakan itu dibuat bagi menghormati perintah injuksi interim dari mahkamah melalui platform secara e-review Hakim Sayani Mohd Nor.

Tambah Caprice lagi, dia tidak boleh langsung bercakap mengenai kes ini atau apa-apa yang berkaitan dengan kes tersebut serta orang-orang yang terlibat dalam kes ini secara langsung atau tidak langsung dalam apa-apa bentuk platform. “Pada asasnya, saya tak boleh cakap apa-apa langsung mengenai kes ini atau orang yang terlibat dalam kes ini atau orang di dalam kes ini. Tentang video-video yang dibayar untuk sebar fitnah di TikTok, disebabkan injuksi interim, Caprice dinasihat untuk TIDAK boleh jawab atau counter,” kata Caprice.

Menurutnya lagi, dia akan lwn kes ini melalui peguamnya dan dia juga memohon maaf kepada mangsa-mangsa yang meminta bantuan kepadanya kerana buat masa ini dia tidak boleh berbuat apa-apa.” Sebelum ini, mahkamah telah memerintahkan Caprice dan Mondy untuk memadam rakaman di Youtube dan Instagram dalam tempoh 24 jam selepas perintah injuksi sementara itu dikeluarkan. Ebit Lew selaku plantif juga menuntut ganti rugi am, teladan, pampasan, kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.