Pernah kena lmpang, kali ni Ubai Mz beri amaran pada Shafiq supaya tak mengasari Shila Amzah

Sebelum ini penyanyi Shila Amzah mendakwa dia pernah dipkl dan dilmpang oleh adik lelakinya, Amir Shafiq. Shila menerusi hantaran di Instagram Story baru-baru ini berkata, dia tidak berasa takut lagi dan berani untuk bersemuka dengan adiknya itu. “Kau (Shafiq) ingat aku takut ke kau nak sepak muka aku lagi? Meh la kalau betul kau anak jantan sulung macam kau claim, bak datang aku tunggu.” Sementara itu, suami kepada Shila yang juga pempengaruh media sosial iaitu Ubai MZ turut memberi amaran kepada Shafiq supaya tidak menyentuh isterinya lagi.

“Kau jangan cuba-cuba lmpng isteri aku lagi, aku TikTokers terhebat.” Ubai meluahkan rasa geramnya itu menerusi hantaran di platform X pada Selasa. Terdahulu, perbalahan antara adik-beradik Shila bermula selepas adiknya yang juga penyanyi Syada Amzah mendakwa ada seorang individu tidak dikenali tiba-tiba datang ke rumahnya untuk melihat kediaman tersebut. Syada mendakwa mereka sekeluarga seperti dihalau daripada rumah sendiri sehingga menyifatkan dirinya sebagai haiwan jalanan.

Bagaiamanpun, Shila menjelaskan tujuan dia mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membelikan sebuah kondo baharu buat keluaraga. Namun kenyataan penyanyi berusia 33 tahun itu diselar dan dinafikan oleh Shafiq serta Syada. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.