Tular khabar angin Virgoun dah jumpa pengganti walaupun belum sah berpisah, Inara akui tiada rasa cemburu

ISTERI kepada penyanyi Virgoun tidak terkejut apabila mengetahui khabar angin suaminya sudah bertemu pengganti meskipun mereka belum sah berpisah. Inara berkata dia sudah lama mengetahui khabar percintaan suaminya itu, namun sama sekali tidak mencemburui hubungan tersebut. Dia juga tidak terkejut dengan perkara itu memandangkan sudah mengenali sikap sebenarnya suaminya. “Biasalah… bukan satu mengejutkan. Saya tidak menyesal bukan? Kita tidak boleh memaksa semua orang berada terus dengan kita.

“Sejauh mana rasa cemburu? Jangan fokus perkara itu tapi fokus perkara lain,” katanya memetik Detik Hot. Bukan itu sahaja, Inara juga memaklumkan dia mengenali wanita yang menjadi pengganti dirinya itu. Jelasnya wanita berkenaan pernah menjadi seorang aktres malah dia juga menyukai aktiviti sukan permotoran.

“Saya pernah jumpa dia sekali dua. Masa itu semasa pengurus saya memberi saya kerja untuk sebuah rancangan. Kali kedua saya bertemu dia di tempat pemain bass tapi saya tidak begitu mengenai wanita tersebut,” kongsinya. Konflik rumah tangga Virgoun dan Inara masih berlarutan selepas penyanyi itu memfailkan pisah pada Mei lalu. Pasangan ini berkahwin pada 2014 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.