Wanita luah rasa syukur bila ahli keluarga selamat dijumpai hasil bantuan orang ramai

Seorang wanita meluahkan rasa syukur apabila ibu mentua, adik ipar lelakinya dan dua orang anaknya yang dilaporkan hilang sewaktu bercuti di Pulau Perhentian pada hujung minggu lalu kini selamat dijumpai. Wanita dikenali Ah Pek meluahkan rasa syukur menerusi hantaran di Facebook miliknya dengan memaklumkan ahli keluarganya berjaya ditemui hasil bantuan orang ramai. Dia dan suami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat kerana telah membantu mereka sekeluarga untuk mengesan keberadaan ibu mertua, adik ipar dan anak-anaknya.

“Alhamdulillah ibu mertua, adik ipar lelaki dan dua orang anak saya telah selamat dijumpai. Terima kasih pada semua rakan, pihak polis dan semua yang terlibat membantu kes ini sehingga selesai,” luahnya. Wanita berkenaan menyatakan dia dan suami kini dalam perjalanan dari Terengganu menuju ke Kluang bagi menarik semula laporan polis yang dibuat mereka baru-baru ini. Dia juga tidak henti berterima kasih kepada semua pihak terlibat kerana membantunya mencari ahli keluarga yang dipercayai hilang.

“Sekarang saya masih dalam perjalanan dari Terengganu menuju pulang ke Kluang untuk tarik laporan. Yang bahawasanya kes sudah selesai. Tanpa bantuan anda siapalah saya. Sekali lagi ucapan terima kasih bagi semua yang membantu, mendoakan dan menyampaikan. Semoga Tuhan membalas jasa baik dan niat murni tuan-tuan semua. Alhamdulillah, syukur,”tulisnya dalam hantaran di Facebook. Sebelum ini, seorang wanita dikenali Suraidah Abdul Ghani, 52, dari Kluang, Johor, bersama anaknya, Mohamad Aiman Mohd Rafee, 21 serta dua cucunya, Sasa Alesha, 7, dan Ahmad Dhani Mohd Saiful, 4, dikesan keluar dari pulau peranginan itu sejak kelmarin.

Laporan polis turut dibuat dan ia disahkan oleh Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad dengan menyatakan mangsa tidak dapat dihubungi bermula pagi 30 September lalu. “Siasatan dijalankan dan mendapati semua mangsa pergi ke Pulau Perhentian pada 29 September menginap di sebuah resort serta mendaftar keluar pada 1 Oktober jam 8 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini,”menurut laporan Harian Metro. Sumber: Omm.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.