Walaupun usia dah 65 tahun tapi masih nampak cantik, Fadilah Mansur dedah ada lelaki yang cuba dekati dia

PELAKON Datin Fadilah Mansor memberitahu ada pihak cuba mendekati dengan tujuan menjadikan dia sebagai isteri selepas lima tahun pemergian Allahyarham suami iaitu Datuk A. Rahman Hassan. Fadilah, 65, bagaimanapun memberitahu dia tidak pernah mencari pengganti suami walaupun anak-anak tidak menghalang jika dia terbuka hati berkahwin lagi. “Kalau cakap fasal pengganti ada yang ‘datang’ tapi saya serah semuanya pada Allah. Saya tidak juga mencari. Kalau Allah sudah jodohkan saya dengan individu tertentu, saya terima dengan hati terbuka.

“Anak-anak juga serahkan pada saya asalkan saya gembira nak menghabiskan masa di hujung-hujung usia ini,” katanya. Fadilah berkongsi perkara itu semasa ditemui Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada 12 Pelakon Veteran pada Rabu lalu di Putrajaya. Dalam pada itu, Fadilah berkata, dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat sebagai pasangan hidup namun biarlah lelaki berkenaan sesuai dengannya. Pelakon drama Sekadar Lafaz ini juga tidak menolak jika bertemu jodoh dengan individu dari dalam kalangan penggiat seni kerana menyifatkan mereka juga manusia biasa.

“Tak kisahlah macam mana orangnya, dekat atau jauh… Pintu hati itu kalau nak terbuka luas, insya-Allah saya terima. Orang industri juga manusia biasa, kita kena terima dengan hati terbuka. Kalau hati kata tidak mahu, tak jadi juga. Saya terima sesiapa sahaja seadanya kalau hati dah suka,” katanya. Tambah Fadilah, dia merendah hati apabila ramai memujinya masih jelita dan kelihatan jauh lebih muda berbanding usia sebenar.

“Kalau ada kata saya masih cantik, Alhamdulillah. Semoga Allah tidak menyesatkan hati saya,” ujarnya. Untuk rekod, A Rahman pergi menghadap illahi di Hospital Ampang akibat strok dan pendarahan pada bahagian otak pada 13 Jun 2019. Fadilah dan A Rahman mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2014. Pelakon itu juga pernah berkahwin dengan Allahyarham Mat London namun pasangan itu bercerai pada 2021. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Alia dan Faeesal Asuwat.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.