Tular video selamba je rider bergurau dengan Tan Sri Vincent Tan, tak sangka siap dapat pinjam seratus lagi

Seorang penghantar makanan atau p-hailing sangat bertuah selepas dia bertemu dengan ahli perniagaan tersohor, Tan Sri Vincent Tan di Bukit Bintang, Kuala lUMPUR baru-baru ini. Menerusi satu muat naik di TikTok, @emy_chachacha menceritakan pengalamannya apabila bertemu dengan seorang ‘pak cik’ yang biasa dilihat. Namun, penghantar makanan lebih dikenali sebagai Emy tidak ingat di mana dia pernah melihat ‘pak cik’ tersebut sebelum mengambil keputusan untuk bergurau dengannya

“Korang nak tahu tak, tadi aku datang balik kedai semalam yang aku tak bayar minuman dia. Sebelum sampai ke kedai tu, aku terkejut jumpa seorang ‘uncle’ ni. ‘Uncle’ tu aku pernah nampak sebelum ni tapi aku tak ingat. Lepas tu aku saja cakap nak pinjam seratus, dia bagi aku RM100. Rezeki aku,” katanya. Rupa-rupanya, pak cik yang dimaksudkan oleh penghantar makanan itu adalah Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan. Emy mengucapkan terima kasih kepada ahli perniagaan itu dan mendoakannya sentiasa murah rezeki sebelum masuk ke dalam kedai minuman tersebut. Dalam video berdurasi seminit 10 saat itu juga memaparkan Emy dengan selamba kelihatan melakukan tarian spontan di depan orang awam. Klik sini untuk lihat video.

Namun begitu, jutawan itu hanya berdiri sambil tersenyum dan tertawa dengan gelagat penghantar makanan itu dan tidak menghalangnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan muat naik tersebut selain turut meninggalkan komen mencuit hati. Bertuah abang tu dapat bertemu dengan figura tersohor! Siap diberi RM100 lagi. Tapi konten Emy sememangnya sering mencuit hati pengguna TikTok.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.