Tak selesa kehidupan peribadi jadi perhatian, Anis Sofea masih kekok menyesuaikan diri dengan kehidupan dikelilingi peminat

ISTERI penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea masih kekok menyesuaikan diri dengan kehidupan dikelilingi peminat meskipun sudah dua tahun mendirikan rumah tangga. Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 25, berkata, perhatian diberikan peminat terhadap setiap gerak-geri mereka adalah sesuatu baharu dan menjadi tugasnya melindungi Sofea. “Dalam tempoh dua tahun ini apa yang kami lalui agak mencabar. Mungkin saya sudah biasa mendapat perhatian tetapi bukan isteri saya.

“Jadi saya selalu beritahu diri sebagai suami saya akan sentiasa menjadi pelindung dalam hubungan kami,” katanya. Pasangan ini baru sahaja menyambut ulang tahun kedua mereka pada 19 November lalu. Dalam pada itu, Haqiem berkata, mereka juga tidak terlepas daripada kritikan apabila ramai kurang senang melihat kebahagiaan dikecapi. Malah Haqiem turut dikritik hebat susulan tindakan Sofea yang tidak lagi memakai tudung baru-baru ini. “Kalau ada yang bercakap buruk tentang kami di sosial media kami tidak pernah ambil peduli. Saya biarkan sahaja apa mereka nak kata.

“Bagi saya selagi tiada tindakan berbentuk fizikal atau mengeluarkan kata-kata kesat secara bersemuka, ia bukan satu masalah besar,” ujarnya. Di sebalik setiap kata-kata buruk yang dilemparkan, Haqiem dilihat cukup matang mempertahankan isterinya itu. Dalam masa sama pasangan ini juga tidak terlepas dari soalan orang keliling yang sering bertanya tentang zuriat. Akui ia sedikit menjengkelkan, Haqiem bagaimanapun berterima kasih atas setiap doa agar mereka segara dikurniakan cahaya mata.

“Isteri saya pun tidak pernah terasa hati apabila ramai yang bertanya tentang anak. Cuam kami rasa agak sedikit mengjengkelkan apabila banyak kali bertanya perkara sama. Terima kasih yang bertanya kerana kami percaya itu tanda prihatin dan doa mereka,” jelasnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.