Setelah sekian lama jadi teka teki, akhirnya terjawab gosip cinta antara Syamsul Yusof dengan Irene Deanna

Wanita yang didakwa menjalin hubungan cinta dengan pengarah Syamsul Yusof iaitu Irene Deanna akui terkejut apabila namanya tiba-tiba dipetik sehingga menjadi bualan hangat warganet. Ketika ditemui, Irene, 25, bagaimanapun berkata dia enggan memberi komen lanjut berhubung dakwaan yang tular itu. Malah, katanya isu berkenaan sama sekali tidak mengganggu emosinya. “Bagi pihak saya, tiada apa yang nak komen tentang isu yang melibatkan Syamsul Yusof. Memang tiada apa-apa (hubungan) dengan dia.

Saya terkejut bila nama saya tiba-tiba viral dan menjadi sebutan orang. Saya cakap dengan mama saya kenapa jadi macam ini eh. Isu itu sama sekali tidak mengganggu hidup saya. Saya buat kerja macam biasa sahaja. Rasa stress pun tidak.” Irene berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Stars On Fire In Kuala Lumpur, yang berlangsung di Hotel Le Meredien, pada Isnin. Dalam pada itu, Irene berkata dia bersyukur apabila pengikut di laman sosialnya bertambah. “Itu lah, tiba-tiba famous. Tapi bila pengikut bertambah itu saya alhamdulillah. Terima kalau ada yang sokong saya dalam tak sedar.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai gambar dia bersama Syamsul, Irene berkata foto tersebut diambil ketika mereka berjumpa atas urusan kerja. “Berkenaan gambar yang tular itu sebenarnya Syamsul datang ada urusan kerja dengan Utama Motor. Kemudian kami bergambar beramai-ramai macam biasa, sebab dia rakan ibu bapa saya, tiba-tiba gambar itu tular. Saya baca komen warganet sikit-sikit, sebab orang ada juga yang hantar dekat saya. Bila saya baca saya tergelak. Saya dan Syamsul sekadar kenalan, sebab dia kawan mak ayah saya. Sekadar kenalan hi dan bye macam itu.”

Terdahulu, tular beberapa foto dan video memperlihatkan Syamsul dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Irenee Deanna sehingga timbul dakwaan mengatakan mereka sedang bercinta. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.