Bekas isteri Ac Mizal luah rasa gembira bila dapat menantu, sekali dia kongsikan punca pengantin lelaki menangis masa majlis akad nikah

BEKASĀ isteri kepada pengacara Datuk AC Mizal, Shafnie Zainudin berkongsi rasa gembira kerana mendapat menantu apabila anak keduanya selamat bergelar suami pada 11 November lalu dalam satu majlis akad nikad di rumah pengantin perempuan di Ipoh. Shafnie, 47, berkata tangisan anaknya iaitu Shabil Iman, 24, seperti yang tular di media sosial pada majlis akad nikah disebabkan hadirnya rasa sayu bergelar suami selain permulaan untuk melangkah kehidupan baharu. “Biasalah suasana majlis pernikahan, emosi seorang ibu dan anak memang akan sebak dan sayu. Sebab nak melangkah ke alam kehidupan barukan?

“Tapi ia lebih kepada tangisan bahagia… anak pula sebak kerana dia paling rapat dengan akak (Shafnie),” katanya ketika dihubungi. Penjelasan Shafnie itu seterusnya menepis kata-kata sinis di media sosial kononnya pengantin lelaki menangis disebabkan bapa kandung tidak muncul pada majlis istimewa itu. Kata Shafnie anaknya berkerja sebagai guru di sebuah sekolah swasta namun dia tidak mengetahui lanjut mengenai percintaan mereka. “Kisah cinta mereka saya tak tahu sangat sebab bila dah betul-betul jadi (nak kahwin) baru mereka jumpa saya,” ujarnya.

Shafnie turut memberitahu dia juga mempunyai seorang cucu apabila anak sulungnya iaitu Muhammad Shafiq Iman, 27, yang juga seorang guru berkahwin pada tahun lalu. Meskipun anak-anaknya telah mendirikan rumah tangga, dia tidak berasa sunyi kerana mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinannya selepas berpisah dengan AC Mizal. Apabila kisahnya kembali menjadi bualan, Shafnie yang juga bekas model dan pengacara TV berkata, dia agak terkejut mengenai perkara itu memandangkan dia telah lama meninggalkan dunia hiburan.

“Saya sebenarnya hairan juga apabila tiba-tiba ramai yang nak tahu fasal kehidupan kami. Saya bukan selebriti dan hanya orang biasa sahaja. Saya agak terkejut ramai yang buat akaun (media sosial) palsu tapi, biasalah warganet. Ramai juga yang doakan baik-baik untuk kami. Harap benda lepas jangan diungkit sebab masing-masing ada kehidupan sendiri, begitu juga anak-anak,” kongsinya. Bercerita mengenai kesihatan dirinya, Shafnie yang menghidap leukemia memberitahu dia masih lagi menerima rawatan dan penyakitnya itu berunsur pulih.

Untuk rekod, Shafnie dan AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 51, berkahwin pada 24 Jun 1995 dan berpisah pada 17 Oktober 2001 dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan tersebut. Shafine kemudian kembali berumah tangga pada 2014 dan memiliki seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia lapan tahun sementara AC Mizal pula bahagia dengan bekas model iaitu Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.