Nak pinjam duit kawan dengan jaja cerita pasal pindah rumah, bekas isteri dedah perbualan Shafiq Amzah

Adik lelaki kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Shafiq Amzah didakwa masih belum serik meminjam wang daripada rakan terdekatnya. Menerusi satu perkongsian di InstaStory bekas isteri Shafiq, Nurul Anis Waheeda mendedahkan perbualan antara bekas suami bersama seorang individu yang dipercayai rakannya. Tangkap layar itu memaparkan Anis dihubungi oleh seorang individu yang mengatakan bekas suaminya itu mahu meminjam duitnya berserta foto perbualannya bersama Shafiq.

“Pagi-pagi bekas suami awak dah minta tolong dengan saya. Pening nak tolong ke tak,” kata individu tersebut. Dalam tangkap layar perbualan antara Shafiq dan individu tersebut menunjukkan dia terdesak untuk menggunakan wang selepas berpindah dari rumah mereka. Pada masa yang sama, Shafiq juga menuduh Shila kjm kerana telah memotong bekalan eletrik di rumah lama semata-mata mahu menghalau mereka keluar. Anis yang mendedahkan perbualan itu meminta Shafiq untuk mempunyai rasa malu dan tanya pada diri sendiri mengapa perkara itu terjadi kepadanya.

“Apa ni bro, sana sini masih nak meminjam. Tolonglah ada perasaan malu tu, tanya diri sendiri kenapa kau jadi macam ni. Kau pergi cari kerja tetap yang boleh dapat gaji bulanan untuk kau,” ujarnya. Selain itu, Anis juga meninggalkan pesan kepada bekas suaminya untuk tidak lupa untuk memberikan nafkah kepada anak mereka. Terdahulu, konflik antara Shila dan adiknya bermula selepas dia dituduh menghalau keluarganya dari rumah banglo mereka atas sebab mahu menjual kediaman tersebut demi wang.

Namun begitu, Shila menafikan tuduhan tersebut dan mendedahkan dia sememangnya mahu menjual rumah tersebut tetapi akan menggunakan wang tersebut untuk membeli kediaman baharu untuk keluarganya. Shila juga mendedahkan rumah banglo tersebut sukar untuk dijaga kerana hanya lima orang sahaja keluarganya yang tinggal di rumah itu dan mereka tidak mempunyai pembantu rumah.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.