Terkini bekas isteri Virgoun berjaya dapat tuntutan pembahagian royalti terhadap 5 lagu

BEKAS isteri kepada Virgoun iaitu Inara Rusli berjaya dapat tuntutan pembahagian royalti terhadap lima lagu nyanyian penyanyi berkenaan. Inara atau Inara Idola Rusli, 30, berkata, dia mendapat hak royalti itu selepas berpisah secara sah dengan Virgoun pada 10 November lalu. Lima lagu berkenaan adalah Surat Cinta Untuk Starla, Bukti, Orang Yang Sama, Titik Balik di Hidupku dan Saat Kau Telah Mengerti. Bagaimanapun kata ibu tiga cahaya mata itu, mahkamah tidak menolak pembahagian royalti itu bertambah jika terdapat lebih banyak lagu ditulis Virgoun yang menjadikan dia sebagai inspirasi.

Dalam pada itu, Inara berkata, kemenangan itu turut menjadi sejarah di Indonesia kerana ini kali pertama isu royalti dijadikan tuntutan dalam harta sepencarian pasangan berpisah. “Selepas ini pembahagian royalti akan dibahagikan kepada dua iaitu Virgoun dan saya, selama mana lagu itu dimainkan. Hari ini dalam sejarah, pertama kali di Indonesia royalti merupakan subjek dijadikan tuntutan dalam harta sepencarian suami isteri,” ujarnya. Untuk rekod, Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya’ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.