Cita cita sejak kecik, Bella Astilla luah rasa bangga bila Didi jadi pramugari

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Didi Astillah meluahkan rasa syukur apabila berjaya menamatkan kursus kru kabin untuk bergelar pramugari dengan syarikat penerbangan Batik Airlines. Terbaharu, kakak kepada Didi yang juga penyanyi dan aktres iaitu Bella Astillah turut meluahkan rasa gembira dengan kejayaan adiknya itu.

Bella menerusi perkongsian di Instagram Story berkata, dia juga pernah menyimpan cita-cita untuk bergelar pramugari sewaktu di bangku sekolah. “Sejujurnya, dari kecil ini (pramugari) lah cita-cita saya. Cikgu dan kawan-kawan yang rapat dengan saya tahu. Terima kasih adik tolong capaikan cita-cita kak long (Bella). Saya gembira sangat untuk awak dan bangga dengan awak. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.