Pergi umrah tak bagi tahu, Bonda Rozita terkejut tengok hantaran terbaru Datin Shahida pergi tunaikan umrah

Baru-baru ini, isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Shahida ada memuat naik satu hantaran di Instagram memaklumkan dia telah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Menerusi entri tersebut, Shahida memuat naik gambarnya bersama anak bongsunya berada di dalam pesawat.  Apa yang menjadi perhatian, komen daripada ibu mentua Shahida iaitu Bonda Rozita yang seolah terkejut apabila tidak dimaklumkan keberangkatan Shahida ke Tanah Suci.

Komen Bonda Rozita itu dibalas oleh Shahida mengatakan dia tidak sempat untuk maklumkan kerana kelam kabut dengan acara di pagi hari. Sementara itu, ada segelintir warganet yang pelik apabila perkara itu tidak dimaklumkan kepada Rozita. Tidak kurang juga, ada yang menasihatkan agar tidak masuk campur hal keluarga orang lain.

Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.