Penah kena halau dari rumah masa anak kecik, Cik Pia luah rasa kecewa bila kena khianat dengan bekas suami

Kemelut melibatkan pempengaruh yang dikenali sebagai Cik Pia bersama bekas suaminya, Boss Kay dilihat masih lagi belum menemui jalan damai apabila wanita berkenaan mendakwa bekas suaminya itu culas memberikan nafkah kepada anak-anak yang berada di bawah jagaannya. Terbaharu, tular satu potongan video memaparkan Cik Pia yang tampil berkongsi semula pengorbanan yang pernah dilakukannya bagi menaikkan nama syarikat milik bekas suaminya itu. Menurut Cik Pia, dia telah pun melakukan pelbagai inisiatif untuk membangun serta menaikkan nama syarikat kepunyaan Boss Kay sejak dari tahun 2015. Klik sini untuk lihat video.

“Ni saya tak buka aib ya tapi ini adalah kebenaran. Aib itu benda yang buruk tapi ini (apa yang saya nak cakap) adalah benda yang baik. Saya menaikkan Boss Kay punya syarikat sampailah ada kilang, ada kedai, ada pekerja dan sampailah perniagaan tu berjaya korang. Saya buat live hari-hari, saya bekerja, dan korbankan masa saya pagi petang siang malam. Siapa yang tahu tu tahu lah, akan nampak betapa berjuangnya saya sejak dari tahun 2015 untuk menaikkan nama syarikat Boss Kay tu.”

Namun begitu, pengorbanan yang dibuat Cik Pia tidak mendatangkan hasil buatnya apabila dia mendakwa dirinya dibuang dari syarika bahkan dihalau keluar dari rumah selepas perpisahannya yang pertama. “Tapi saya dibuang, ditendang keluar dari syarikat. Sakit tak korang rasa? Waktu itu selepas penceraian kami buat kali pertama. Saya ditendang keluar dari syarikat sehelai sepinggan bahkan saya ni dihalau dari rumah yang saya duduk sebab syarikat tak bayar rumah tu. Korang, anak saya masih kecil waktu itu dan saya memang tak ada apa-apa.”

Meskipun pahit diperlakukan sedemikian rupa, Cik Pia memaklumkan dia kemudiannya bangkit sehinggakan berjaya menghasilkan produknya sendiri. Sehinggalah bekas suaminya itu datang semula dalam kehidupannya sebelum menghancurkan kejayaan yang dikecapinya sendirian buat kali kedua. “Saya berjuang, bangkit balik dan bina kerjaya saya sehinggakan berjaya buat produk sendiri sampailah Boss Kay datang balik dalam hidup saya dan musnahkan sekali lagi segala-galanya. Pada mulanya tadi, saya bina syarikat dengan dia tapi lepas itu dia buang saya macam itu sahaja. Sakit sangat korang, mak ayah saya malu.

Kali kedua pula saya bodoh bagi dia peluang sampaikan ramai orang marah. Followers saya waktu tu memang marah sebab bagi peluang dekat Boss Kay. Saya pernah berpisah dengan dia tapi saya bagi dia peluang buat kali kedua dan sewaktu itu saya tengah naik dengan produk skin cara dan sebagainya. Tapi sayang sekali lagi peluang yang saya bagi tu disia-siakan. Dia makan duit saya, dia habiskan duit dalam akaun saya dan dia ada perempuan lain.” Di akhir perkongsian tersebut, Cik Pia menjelaskan bahawa apa yang dikongsikan itu bukanlah tiket untuknya meminta sokongan daripada orang ramai tetapi ia adalah pengajaran untuknya.

Tambah Cik Pia lagi, apa yang disuarakannya adalah untuk mempertahankan haknya sebagai seorang wanita. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap Cik Pia yang terpaksa berdepan dengan dugaan sebegitu rupa. Mereka juga menitipkan kata-kata semangat buat wanita itu agar terus kuat menempuhi segala cabaran dan jangan pernah mengalah dalam mempertahankan haknya sebagai seorang wanita.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.