Baru-baru ini, adik kepada penyanyi Fyna Jebat menjadi perhatian apabila dilihat hadir dengan imej baharu iaitu berambut pendek ketika konsert minggu keempat Famili Duo 2023 (FD3) pada malam Ahad. Menurut Fyna, imej baharunya itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan kisah perpisahannya baru-baru ini. Terbaharu, selain imejnya yang berambut pendek, penampilan Fyna yang memakai rantai leher dengan huruf ‘Z’ sewaktu ditemu bual media turut mendapat perhatian wargamaya. Menerusi video yang tular, ramai mendakwa huruf ‘Z’ di rantai leher yang dipakai adik kepada penyanyi Ayda Jebat itu merujuk kepada bekas suaminya yang juga merupakan lagenda bola sepak tanah air, Datuk Zainal Abidin Hassan.
Menjengah ke ruangan komen sebuah portal, rata-rata warganet beranggapan Fyna masih belum ‘move on’ dengan perpisahan yang berlaku baru-baru ini. Namun begitu, ada juga yang tampil mempertahankan Fyna dengan mengatakan bahawa penyanyi berusia 30 tahun itu sudah lama memakai rantai leher dengan huruf ‘Z’ tersebut. Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis Fyna masih memberikan sebarang respon mengenai dakwaan yang dilemparkan ke atasnya itu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.