Beberapa minggu lepas padam gambar tak bertudung, terkejut kali ni Mawar Rashid muat naik gambar tak bertudung lagi

Isu artis yang memilih untuk membuka tudung selepas sekian lama berhijab bukanlah satu perkara yang baru. Jika korang mengikuti perkembangan artis Malaysia di media sosial, kecoh baru-baru ini apabila pelakon Mawar Rashid telah membuat perubahan drastik dengan memuat naik gambar tidak berhijab. Namun tidak lama selepas itu, pelakon ini membuat permohonan maaf kerana gagal istiqamah dan memadam semula kesemua gambarnya yang tidak berhijab.

Setelah tiga minggu kejadian itu berlaku, semalam, Mawar kembali membuat kejutan apabila apabila dia berkongsi penampilan terkininya di IG Story yang memaparkan dia kembali tidak bertudung. Menerusi perkongsiannya, dipaparkan beberapa gambar dengan gaya rambut potongan terkini serta kapsyen menyatakan dia kini sudah kembali bekerja.

Pelakon Kalis Kasih ini juga dilihat mengenakan baju berwarna hitam sambil melakukan beberapa reaksi wajah dan turut mempromosikan produk kecantikan dan alat solek jenama miliknya. Sehingga setakat ini, tiada sebarang penjelasan yang diberikan Mawar atas tindakannya itu dan dia juga dilihat telah membataskan ruangan komen. Apa-apapun kita doakan yang terbaik buat Mawar dan semoga dia kuat hadapi segala ujian yang mendatang. 

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.