PENYANYI Baby Shima dilihat menyindir aktres Janna Nick susulan tindakan ‘bersumpah’ di depan makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi, Madinah menerusi drama terbaharu lakonannya berjudul Surat Dari Tuhan. Shima atau Nor Ashima Ramli, 31, dilihat seperti ‘pulang paku buah keras’ terhadap Janna dengan menggunakan ayat sama dilontarkan kepadanya sebelum ini. “Tak mengapalah, mungkin macam itu joke (gurauan) yang okay bagi dia,” tulisnya. Shima berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya termasuk memuat naik semula hantaran dibuat warganet menyelar tindakan pelakon itu sebelum ini.
Bagaimanapun menerusi hantaran seterusnya, Shima memuat naik sebuah video mengatakan ia hanyalah satu gurauan. “Hey rileks… This is a joke (ini hanya gurauan), my joke (gurauan saya),” ujarnya. Pada Selasa, pendakwah Asma’ Harun membuat teguran terhadap satu adegan dalam sebuah drama baharu yang kini ditayangkan di sebuah stesen televisyen swasta. Difahamkan Asma’ merujuk kepada adegan antara pelakon Janna Nick dan Sheila Mambo dalam drama Surat Dari Tuhan yang dilakonkan dalam sebuah bilik hotel berhampiran Masjid Nabawi.
Dialog yang dilontarkan ialah “Hei perempuan, kau dengar apa aku cakap, depan makam Rasulullah ni aku cakap depan muka kau… Kalau Rayan benci aku, aku akan pastikan dekat Tanah Haram ni kau mamps!”. Tegas Asma’, pihak produksi tidak sewajarnya mengaitkan makam Rasulullah lebih-lebih lagi dialog dilontarkan mengandungi perkataan sama sekali tidak sesuai. Lebih dikesalkan tambahnya, babak tersebut dipercayai dilakonkan di Tanah Suci berhampiran dengan Masjid Nabawi di Madinah.
Sebelum ini, Shima meraih perhatian di media sosial selepas memuat naik sebuah video menggunakan filter ‘I Stand With Israel’ di Instagram miliknya. Pun begitu, pada penghujung rakaman video tersebut menunjukkan penyanyi berkenaan menumbuk dan memijak bendera Israel sebagai tanda protes terhadap rjm zionis itu. Bagaimanapun, Shima dikritik kerana dilihat cuba bergurau tentang isu tersebut malah Janna turut menegur memberitahu ia bukan perkara yang boleh dibuat gurauan. “Stop buat content macam ni. This is not a joke. Terima kasih,” katanya.
Malah, pelakon filem Jemputan Ke Neraka itu menasihatkan Shima sekiranya ingin mencipta kontroversi sebaik-baiknya jangan mengaitkan isu sensitif demi meraih perhatian ramai. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.