Buat dakwaan abaikan anak, Shuhada luah rasa terkilan bila rumah kena serbu dengan JKM

“Adakah dia lebih sanggup melihat anak-anak diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daripada dijaga oleh ibu mereka sendiri?”. Demikian luahan bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri ketika diminta mengulas mengenai kediamannya dikunjungi oleh pihak JKM kerana didakwa mengabaikan anak-anaknya. “Pihak JKM memang datang ke rumah selepas menerima laporan. Mereka hanya menjalankan tugas mereka dan saya rasa, tak ada masalah pun.

Cumanya, yang membuatkan saya terkilan adalah, kenapa dia membuat laporan dan dakwaan kononnya saya mengabaikan anak-anak sedangkan itu tidak benar sama sekali. “Dia sendiri pun tahu, saya tak pernah abaikan anak-anak,” katanya seperti dilapor Harian Metro. Ditanya sama ada pihak Hafidz memberikan alasan kukuh, mengapa tindakan membuat laporan kepada JKM itu dibuat, Shuhada juga tidak tahu apa alasannya. “Dia tak berikan sebarang sebab atau alasan, mengapa dia bertindak sedemikian. Saya tak pernah menuduh dia apa-apa.

“Tapi, sampai hati dia menuduh saya menggunakan anak-anak untuk cari duit. Saya cari duit, cari rezeki pun untuk tanggung kehidupan saya dan anak-anak,” katanya. Shuhada hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa untuk prosiding tuntutan hadanah, namun, permohonannya untuk memasukkan nama ibunya, Wan Latipah Yusof sebagai respondan kedua bagi menjaga kedua-dua anaknya, tidak dipersetujui oleh pihak Hafidz. “Ketika kami masih bergelar suami isteri pun, memang ibu saya yang akan membantu menjaga anak kalau ada apa-apa berlaku contohnya, salah seorang anak masuk hospital atau apa.

“Jadi, alasan saya memang kukuh memandangkan saya pun ada ketikanya, perlu keluar bekerja mencari rezeki. Tapi, pihak mereka menolak permohonan itu. Dia minta hadanah kekal, di mana, hak penjagaan anak adalah untuk dia seorang sahaja. Jadi, dalam kata lain, kalau saya nak berjumpa anak, saya tak boleh bermalam dengan anak-anak,” katanya. Shuhada dan Hafidz berumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Humairah dan Umar sebelum sah berpisah dengan talak satu pada 27 Julai lalu.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.