Beruntung sebab dapat isteri yang menyenangkan, Jep Sepahtu titipkan ucapan sempena ulangtahun Sari Yanti

Baru-baru ini pelakon, Sari Yanti menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-39 tahun dan menerima ucapan istimewa daripada suaminya iaitu pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu. Menerusi program segment pagi sebuah stesen radio, Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin memuji isterinya yang disifatkan sebagai seorang yang sangat menyenangkan dan turut mendoakan kesejahteraan Sari. “Memang tak terbalas jasanya, saya rasa saya orang yang beruntunglah dapat isteri yang saya rasa sangat menyenangkan. Banyak sabar, banyak bersabar pun tak ada juga sebab saya tak ada buat hal. Jadi saya mengambil kesempatan ini, saya suka ucapan saya berbentuk doa jadi ianya sekali. Klik sini untuk lihat video.

Saya doakan mudah-mudahan dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusannya, dikurniakan kesihatan yang baik. Mudah-mudahan dia dilimpahkan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat bersama saya dan anak-anak.” Dalam pada itu, pelawak berusia 38 tahun ini menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan insan yang banyak membantunya menguruskan keluarga dengan baik selain sentiasa menyayanginya dengan ikhlas. Saya sangat-sangat bersyukur, sangat terhutang budilah dengan layanan yang dia bagi pada saya selama kami berumah tangga. Dia menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang.

Saya doakan mudah-mudahan apa saja yang dia hajatkan, apa sahaja yang diimpikan terlaksanalah, termakbul dan mudah-mudahan dia sentiasa berada dalam reda dan juga dalam rahmat Allah. Amin.” Sementara itu, Jep sambil berseloroh berkata Sari banyak membantunya dalam menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik. “Kalau nampak dari segi karakter tu macam saya yang dominan tapi sebenarnya saya banyak belajar daripada dia daripada segi ketenangan, kesabaran dia..Bahasa Inggeris. Dulu saya tahu asas je sekarang bila dengan dia saya belajar tentang ‘past tense’ dan ‘present tense’.

Untuk rekod, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin mendirikan rumah tangga bersama Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.