Tak akan biarkan anak keluar tanpa pengawasan, Kak Km akui selalu tegur pasal pemakaian anak

Usahawan terkenal, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM tetap ambil peduli berhubung pemakaian dan penampilan anak-anaknya. Memetik laporan Utusan Malaysia, Kak KM berkata, dia menitik beratkan perkara itu terutama terhadap dua orang anak perempuannya iaitu Nabila dan Rania. Anak kepada aktres Normah Damanhuri itu berkata, walaupun sedar dirinya juga berimej menjolok mata, namun dia tahu ada had dan batas yang perlu dijelaskan kepada anak-anaknya terutama soal pemakaian.

“Saya selalu pesan kepada mereka, nak pakai apa, pakailah. Tapi agak-agaklah. Pandang sedikit cermin itu. Kalau terlampau terdedah, tutup sikit. Kalau pendek sangat (skirt), tutup juga. Tapi saya tak boleh nak terlalu marah sebab saya juga pernah muda, badan pernah cantik dan berpakaian menjolok mata. Tapi saya tak pernah tinggal nasihat, saya suruh mereka jaga nama saya sebab masyarakat kenal mereka sebab saya. Saya tak mahu orang bercakap, mak begitu patutlah anak begini,” katanya.

Pada masa yang sama, Kak KM juga mengakui tegas dalam mendidik anak-anaknya dan tidak akan membiarkan mereka keluar tanpa pengawasan. “Sampai hari ini saya tak benarkan mereka keluar sendiri. Kalau mereka ke mana-mana, mesti berteman, dengan saya atau adik beradik. Rania pula saya tak benarkan langsung keluar sendirian, Ke mana sahaja mesti dengan saya. Perkara itu memang saya beringat dan jaga,” ujarnya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.