Pergi konsert Coldplay dengan bendera Palestin, ramai yang kecewa dengan Fazura

‘Demam’ konsert kumpulan antarabangsa, Coldplay nampaknya masih lagi terasa di kalangan peminat-peminat kumpulan di Malaysia. Umum mengetahui, sebelum ketibaan kumpulan tersebut di Malaysia, banyak pihak yang tidak bersetuju dengan penganjuran konsert tersebut yang dilihat tidak sensitif dengan isu yang kini berlaku di Palestin. Pun begitu, konsert tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan pada Rabu, 22 November lalu. Konsert jelajah Music of The Spheres itu dihadiri oleh 75,000 orang penonton dan ada juga nama-nama besar dalam industri hiburan yang turut hadir termasuklah usahawan serta selebriti terkenal, Fazura.

Fazura bagaimanapun menerima kritikan hebat daripada warganet yang menganggap dia keterlaluan dan tidak menghormati saudara Islam di Palestin yang kini berada dalam kesusahan. Pelakon filem Manisnya Cinta di Cappadocia itu dilihat begitu terharu ketika lagu Fix You dimainkan, malah dia turut mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti. Di ruangan komen, ramai yang seakan tidak setuju dengan tindakan pelakon itu dan memberikan kecaman terhadapnya, malah ada yang berkata Fazura seakan terjerumus ke arah maksiat.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.