Semoga makin murah rezeki, Kieda Crepe wakafkan van jenazah untuk mudahkan urusan orang ramai

Pempengaruh yang juga merupakan pengusaha makanan terkenal, Kieda Crepe meluahkan rasa syukur selepas berjaya menyerahkan sebuah van jenazah untuk diwakafkan kepada sebuah masjid yang terletak di Pulau Pinang. Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Kieda memaklumkan bahawa van jenazah yang dibelinya itu diletakkan atas nama Masjid Al-Marbawi Merbau Kudung sepenuhnya bagi memudahkan urusan orang ramai. Difahamkan, masjid tersebut merupakan masjid yang menguruskan jenazah arwah bapanya yang pergi menghadap illahi pada Julai lalu. Klik sini untuk lihat video.

“Alhamdulillah, hari ini merupakan hari yang paling saya tunggu-tunggukan di mana saya akan melakukan penyerahan van jenazah yang diwakafkan oleh Kieda HQ Pulau Pinang untuk pihak masjid di mana masjid inilah yang menguruskan pemprosesan jenazah arwah bapa saya. Seperti yang anda lihat, di tangan saya ini ada geran van jenazah ini yang diletakkan sepenuhnya atas nama masjid ini.” Tambah Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra, dia tidak mengharapkan apa-apa balasan namun berdoa agar kebaikan yang dilakukannya ini dapat memberikan keberkatan buat perniagaannya serta buat dirinya dan orang sekeliling.

“Semoga apa yang dilakukan saya ini sedikit sebanyak boleh meringankan dosa-dosa yang telah saya lakukan. Saya tidak mengharapkan apa-apa balasan cuma saya berdoa agar Allah berkati perjalanan rezeki saya, suami dan orang-orang sekeliling saya.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.