Kilafairy muat naik gambar terbaru, sekali lagi kena kritik dengan warganet sebab pakai baju nampak bentuk badan

Pelakon Kilafairy sekali lagi mengundang kritikan dalam kalangan warganet selepas melihatnya memperagakan busana ketat ketika menghadiri acara. Menerusi perkongsian di Instagram, Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan telah memuat naik fotonya mengenakan baju berona hijau persis jumpsuit sehingga menampakkan bentuk badannya. Terkejut melihat penampilan terkini aktres itu, terdapat sesetengah warganet tampil meluahkan rasa kurang senang mereka dan mengaitkan nama arwah ibunya, Rohana Jalil.

“Lepas mak dia meninggal dunia, awat dia jadi macam ni? “Haram nak haram. “Hidup ni kalau nak viral atau popular sekelip mata memang mintak nak kritik ke? “Allahuakbar, semoga diberi hidayah. Amin. “Makin lama makin tak faham apa motif dia bertudung,” komen warganet. Meskipun meraih tohmahan, ada juga sesetengah peminatnya tampil memuji kecantikannya dan meluahkan rasa cemburu melihat bentuk badan yang dimiliki Kila.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.