Lufya Omar dedah di Makkah tak dibenarkan pakai pakaian yang ada lambang Palestin

Sejak minggu lalu, pelakon Lufya Omar sudah berada di tanah suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah. Menerusi perkongsian di Instagram, Lufya berkata, sepanjang berada di Makkah, dia dan semua jemaah di sana dilarang untuk mengenakan pakaian yang mempunyai lambang negara Palestin. Jelas Lufya, dia sendiri tidak mengetahui tujuan larangan tersebut dilaksanakan. “Mereka larang pakai pakaian Palestin? Kenapa? Kita sepatutnya tunjukkan rasa sayang, sokong dan melindungi saudara kita di Palestin. Ini sudah memasuki 30 hari pertumpahan drh! Stop! Stop! Stop! Berhenti membnh!”

Sementara itu, menerusi ruangan balas, Lufya dilihat sempat membalas komen seorang individu dengan mengatakan jemaah hanya boleh mengenakan pakaian yang mempunyai warna bendera Palestin, tetapi tidak pakaian yang memaparkan bendera negara tersebut. Dalam perkongsian sama, Lufya memohon orang ramai agar terus mendoakan saudara Islam yang sedang berjuang ketika ini di Palestin. “Jom sama-sama terus doakan untuk Gaza, Allahuakbar! Doakan yang tak putus setiap sujud akhir dalam solat anda untuk Palestin. Semoga Allah berikan kemenangan besar buat mereka, save Palestine.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.