ISTERI kepada Shuib mendedahkan penyampai radio Suria FM itu sanggup menyewa sebuah hall pawagam ketika pertama kali mereka keluar bertemu janji. Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah, 35, berkata, perkara itu dilakukan Shuib sebagai memulakan langkah untuk bertemu dengannya dan itu merupakan kali pertama mereka bertentang mata. “Selepas kami bermesej-mesej, dia ada hubungi saya tanya bila boleh berjumpa. Bila saya kata boleh, terus dia sewa satu pawagam. Kau rasa? Masa itulah perkenalan kami bermula, bertentang mata,” katanya.
Watie berkongsi perkara itu selepas mendapat pertanyaan daripada peminat mengenai pengalaman pertama kali bertemu dengan Shuib di Instagram miliknya. Imbau Watie lagi, pada pertemuan itu dia masih mengingati minyak wangi yang dipakainya berbau semerbak. Selepas pertemuan itu, dia dan Shuib semakin dekat malah dia juga lebih mudah berbalas mesej penyampai radio berkenaan. “Masa pertemuan pertama itu, dia wangi! Selepas itu, barulah kami berkenalan dengan lebih dekat “Kalau sebelum ini lambat balas mesej tapi selepas jumpa, ada daya tarikan lajulah sikit kita balas mesej dia,” katanya.
Dalam pada itu, Watie menyifatkan Shuib seorang yang kelakar pada awal perkenalan mereka namun pelawak itu sebenarnya seorang yang tegas. “Bila berborak dia kelakar, kita pula suka gelak. Masa berkenalan dia kelakar, dah lama kenal dia garang,” jelasnya. Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Ia merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian Allahyarham isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra,9, Ariq Matin,6 dan Ayash Affan, 2 tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.