Pelakon Nadia Brian meluahkan rasa syukur atas penerimaan positif daripada warga maya selepas dia berkongsi foto memakai tudung di media sosial. Menurut laporan, Nadia berkata buat masa kini dia masih belum memakai hijab sepenuhnya atas beberapa sebab dan antaranya masih mempunyai rakaman untuk drama baharu. Namun begitu, pelakon berusia 32 tahun itu berkata, dia sememangnya mahu mengekalkan imej tersebut dan meminta warganet untuk terus mendoakannya.
Pada masa yang sama, Nadia menjelaskan bahawa dia belum berhijrah sepenuhnya kerana mahu berubah kerana Allah, bukan manusia. “Doakan baik-baik, sebab saya pun memang nak ke arah itu tapi sekarang ini belum lagi sebab saya baru sahaja tanda tangan kontrak untuk drama baru. Saya juga belum lagi memakai hijab sebab saya nak berubah bukan semata untuk manusia tapi kerana Allah,” katanya. Nadia juga sangat menghargai sokongan daripada peminat disamping mengucapkan terima kasih atas doa mereka yang berterusan kepadanya.
Dalam pada itu, dia juga berkata mahu memakai hijab bukan untuk memuaskan hati mana-mana pihak namun sebagai langkahnya untuk perlahan-lahan berubah. Tambahnya, ramai warganet yang menghubunginya melalui Direct Message (DM) di Instagram dan meluahkan kegembiraan mereka apabila melihat pelakon tersebut bertudung. Malah, aktres itu juga sangat mengalu-alukan mesej seperti itu dan bersyukur kerana mereka terus mendoakan disamping ada yang memberikan nasihat.
“Ramai yang hubungi saya untuk beri sokongan dan saya nak ucap terima kasih sebab sudi bagi sokongan. Teruskan, saya tak kisah dapat DM, saya bersyukur ada yang doakan saya, ada yang bagi nasihat. Saya alu-alukan,” ujarnya. Sementara itu, Nadia juga mendedahkan sebelum ini dia berasa takut dengan keadaan yang sedang berlaku di Palestin namun selepas mula mengenakan hijab, dirinya lebih tenang. Jelasnya, apabila melihat keadaan di Palestin, dia berkata untuk mempunyai nilai kemanusiaan itu kita tidak perlu memaksa orang lain untuk memeluk Islam.
“Saya lebih banyak rasa tenang sekarang sebab sebelum ini saya sangat takut. Bagi saya, untuk adanya nilai kemanusiaan tu, tak perlu pun jadi Islam,” katanya. Dalam perkembangan lain, Nadia juga mula menyertai Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) bagi memberikan bantuan kepada Palestin. “Allah dah bagi kita nikmat macam-macam, jadi apa salahnya kita guna nikmat itu untuk tolong mereka yang di sana kan walaupun kita tak susah untuk ke sana. Benda pertama kita boleh berikan ialah doa kepada mereka, tapi kalau kita ada kudrat yang lebih, bolehlah kita menyumbang dengan cara lain contohnya buat bantuan seperti MERCY ini,” ujarnya.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.