Setiap perkataan tak semuanya benar, Syafiq Amzah beri pesanan pada bekas isteri

ADIK kepada Shila Amzah meminta bekas isterinya iaitu Nurul Anis Waheeda Mohd Mokhlis berhenti daripada terus bercakap buruk dan mengaibkan dia. Syafiq atau Amir Syafiq Amzah, 30, mendakwa setiap perkataan yang keluar daripada mulut bekas isterinya itu tidak kesemuanya benar. “Untuk bekas isteri yang mengaibkan saya… Saya tak pernah menjawab apa-apa pun tentang dia mengaibkan saya malah dia ftnah diri saya. “Cuma satu sahaja pesanan saya, sudah-sudahlah! Daripada 2016 sampai sekarang tak berhenti nak keluarkan kenyataan yang tak semuanya betul,” katanya.

Syafiq berkongsi perkara itu semasa siaran langsung di TikTok miliknya pada malam Khamis. Ia susulan menerima pelbagai komen yang meminta dia menyelesaikan masalah dengan bekas isterinya itu. Dalam pada itu, Syafiq memberitahu masalah dengan Anis adalah hal peribadinya dan terpulang kepada dia untuk menyelesaikannya. Katanya, dia tidak akan bercakap mengenai perkara itu secara terbuka sebaliknya pilih menyelesaikan secara peribadi. “Apa-apa berkenaan diri saya itu, kalau saya rasa nak betulkan itu terpulang pada saya. Hak saya!,” ujarnya.

Untuk rekod, Syafiq atau Amir Syafiq Amir Hamzah dan Anis mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2014 namun pasangan itu bercerai pada 15 Jun 2016. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia tujuh tahun. Kemelut anak-anak penyanyi Datuk ND Lala ini bermula selepas adik bongsu Shila iaitu Syada mendedahkan kediaman mereka bakal dijual sedangkan dia tidak mengetahui mengenai perkara itu. Tampil memberikan penjelasan, Shila berkata berhak berbuat demikian kerana banglo berkenaan adalah miliknya dan bakal membeli kediaman baharu untuk ibu mereka.

Namun Syafiq pula mendakwa Shila berniat menjual rumah tersebut kerana memiliki nilai tinggi dalam pasaran. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.